IPOH: Polis menahan empat lelaki semalam disyaki terlibat dengan aktiviti mencuri kabel di kawasan Taman Ipoh Jaya, pada 19 Feb lepas.
Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kesemua yang berusia lingkungan 38 hingga 42 tahun itu diberkas di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah.
"Dalam kejadian 19 Feb lepas, polis cuba menahan sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux yang dalam keadaan mencurigakan dan telah melarikan diri.
"Hebahan bantuan telah dilakukan dan beberapa kereta peronda polis ditugaskan mengejar kenderaan itu hingga ke Lebuhraya Utara-Selatan, namun kesemua individu yang berada di dalam kenderaan itu berjaya melarikan diri," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lanjutan daripada tindakan, sepasukan anggota polis berjaya menahan empat lelaki, semalam, di Padang Serai dan Sungai Petani.
Menurut Mohd Yusri hasil soal siasat, mereka mengaku terlibat dalam kes kecurian kabel di Taman Ipoh Jaya selain beberapa lagi kes sama di sekitar bandar raya ini.
Polis, katanya turut merampas pelbagai peralatan yang disyaki digunakan untuk kegiatan mencuri kabel daripada mereka.
Saringan awal air kencing mendapati kesemua lelaki itu positif terhadap dadah jenis Methamphetamine dan mereka direman hingga 1 Mac ini untuk siasatan mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan dan Seksyen 186 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Feb 27 2024
Mohd Yusri berkata kesemua yang berusia lingkungan 38 hingga 42 tahun itu diberkas di Padang Serai dan Sungai Petani, Kedah. - Gambar PDRM Perak
Kolaborasi strategik pastikan lepasan institut JKM dapat akses pendidikan tinggi
KPWKM akan melaksanakan kolaborasi strategik dengan pelbagai agensi pendidikan bagi memastikan lepasan institut Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) menerima akses pendidikan tinggi.
MAF 2024 platform iktiraf, perkasa syarikat francais tempatan
Persatuan Francais Malaysia (MFA) dengan sokongan Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP), mengadakan Anugerah Francais Malaysia 2024 (MAF 2024), baru-baru ini.
FIFA lakukan penilaian penambahbaikan stadium di Indonesia
Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) baru-baru ini telah selesai melakukan penilaian ke atas lapan stadium di seluruh Indonesia untuk meningkatkan langkah keselamatannya.
Kaedah kerja undi beri peluang sama rata kepada kontraktor
Perolehan projek kecil secara undian memberi peluang sama rata kepada semua kontraktor G1 hingga G4 sebelum layak mendapat tender penyelenggaraan jalan Persekutuan di seluruh negara.
Kerajaan persekutuan salur RM50 juta bagi penganjuran Sukma, Para Sukma
Walaupun jumlah itu lebih rendah daripada yang dimohon sebelum ini, Sarawak harus terus memandang ke hadapan serta menjadi tuan rumah yang baik.
Perpaduan parti komponen antara tumpuan Konvensyen BN Johor pada 8 Jun - Ahmad Maslan
Perpaduan parti komponen khususnya MIC dan MCA adalah antara perkara utama yang bakal menjadi tumpuan Konvensyen Barisan Nasional (BN) Negeri Johor pada 8 Jun ini.
'Saya tak rasa orang pandang saya di Penang FC' - Muhammad Adib
Pemain pertahanan kiri Penang FC Muhammad Adib Abdul Ra'op yang buat julung kali dipanggil ke kem latihan pusat pasukan negara tidak menyangka kelibatnya telah lama dipantau Kim Pan Gon.
Bagaimanakah kehidupan di Delhi apabila musim panas rekod suhu tertinggi?
Sebuah kawasan di Delhi merekodkan suhu tertinggi 52.9 darjah Celsius pada Rabu. Maka tidak menghairankan, bacaan suhu ini menjadi tajuk berita utama media.
Malaysia kekal ungguli senarai Destinasi Mesra Muslim Terbaik 2024
Malaysia kekal mengungguli senarai 'Destinasi Mesra Muslim Terbaik' dalam Indeks Pelancongan Muslim Global (GMTI) 2024 pada Halal in Travel Awards yang berlangsung di Singapura pada Khamis.
Bulan pemutihan PERKESO dilanjut hingga 30 Jun
Tempoh pendaftaran dan caruman pekerja dengan Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO) sempena Bulan Pemutihan yang berakhir esok dilanjutkan selama sebulan lagi hingga 30 Jun ini, kata Menteri Sumber Manusia Steven Sim Chee Keong.
Geng curi kabel, pecah rumah ketika musim PKP tumpas
Hasil serbuan pihak polis di tiga lokasi yang berasingan pada Isnin telah membawa kepada tangkapan kesemua suspek.